Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 17 Ogos 2018

Projek Lebuh Raya MEX 2 siap 60 peratus

Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Maju (Mex) 2 yang dijangka siap pada Oktober tahun hadapan.
CYBERJAYA: Projek Lebuh Raya Maju (MEX) 2 yang akan menghubungkan Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah siap sebanyak 60 peratus sejak mula dibina awal tahun lalu.

Pengarah Teknikal Maju Holdings Sdn. Bhd., Richard Whitehead berkata, projek sepanjang 18 kilometer itu membabitkan pembinaan laluan tiga lorong sehala bermula dari persimpangan Putrajaya di sini hingga ke Lebuh Raya KLIA.

Projek ini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober atau November tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian majlis Mega Toolbox 2018 di sini hari ini.

Program Mega Toolbox 2018 merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan untuk mengelak risiko bahaya di tapak kerja.

Dalam pada itu, Whitehead berkata, apabila siap sepenuhnya projek tersebut, perjalanan bermula dari persimpangan Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur hingga ke KLIA dijangka mengambil masa hanya 30 minit
 
Sumber: Utusan Online | 17 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan