Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 7 Ogos 2018

Projek LPT3 bergantung kemampuan kewangan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek Le­buh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) adalah bergantung pada kemampuan kewangan ke­rajaan yang akan dibentangkan menerusi Bajet 2018 pada 2 November ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, pihaknya perlu mendapatkan persetujuan dan keputusan Kabinet serta agensi-agensi di bawah kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung projek tersebut.

“Kajian sudah buat, tetapi keputusan sama ada akan melaksanakan LPT3 ini bergantung pada kemampuan kewangan kerajaan dan keputusan agensi pusat.

“Berdoalah banyak-banyak, tunggu perbentangan Bajet 2018 pada 2 November ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) mengenai hasrat kerajaan untuk meneruskan pembinaan LPT3 dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan sama, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan penghapusan tol di Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak bagi mengurangkan kesesakan apabila menjelang musim perayaan.

“Kita ambil perhatian kerana dalam proses penghapusan tol secara berstruktur dan ia akan dilakukan pada masa yang meng­izinkan,” katanya menjawab soalan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) yang meminta kedua-dua tol tersebut dihapuskan kerana kawasan terlibat bukan bertaraf lebuh raya.

Projek LPT3 sepanjang 147 ki­lometer itu antara manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan dibina melalui tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut serta enam daerah di Kelantan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.
 
Sumber: Utusan Malaysia | 6 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan