Pemandangan
kawasan taman tepi sungai yang sentiasa dipantau kebersihannya di pinggir
bandar Pasir Puteh, Kelantan.
|
PASIR PUTEH: Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) akan terus mengekalkan kawasan tepian sungai di pinggir bandar ini sebagai lokasi beriadah dan bersantai sesuai untuk kunjungan ramai.
Setiausahanya, Rosdi Yaacob berkata, kehijauan taman dengan pokok pain yang rendang menjadi tempat persinggahan warga bandar pada waktu petang selain lokasi tumpuan kaki pancing mengail ikan sungai.
Beliau berkata, pihaknya juga turut menyediakan trek joging berpagar yang akan menjamin keselamatan pengunjung untuk beriadah serta bersantai di sepanjang sungai ini.
“Penekanan terhadap tanggungjawab pengunjung khususnya pemancing daripada aspek menjaga kebersihan adalah perlu dalam mengekalkan keindahan alam semula jadi,” katanya di sini hari ini.
Rosdi berkata, kemudahan tempat membuang sampah yang disediakan oleh MDPP perlu dimanfaatkan dengan penuh bertanggungjawab.
“Sampah dilarang sama sekali dibuang ke dalam sungai atau di mana-mana sudut dalam taman berkenaan.
“Kita juga turut memastikan pokok keladi bunting dan teratai yang tumbuh di permukaan sungai ini sentiasa terkawal,” katanya.
Tambahnya, kerja membersih dan mengindahkan taman berkenaan dilaksanakan secara berkala dan sentiasa dipantau kebersihannya.
“Tepian sungai ini adalah salah satu lokasi yang menarik dalam kawasan perniagaan pelbagai jenjs buah-buahan dan makanan ringan.
“Kita mengambil kira cadangan orang ramai untuk membina trek joging, taman mesra kanak-kanak dan melarang pengunjung meredah masuk ke taman dengan motosikal,” katanya.umber:

Sumber: Utusan Malaysia | 13 Ogos 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan