Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 3 Ogos 2018

Lebuh Raya KBKK Pakej 1B siap bulan ini

KUALA LUMPUR: Pembinaan lebuh raya Pakej 1B Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) yang melibatkan laluan Pasir Hor-Kadok sejauh 7 kilometer (km) dijangka siap bulan ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pembinaan lebuh raya Pakej 2A bagi laluan Kadok-Ketereh sejauh 6.85 km pula dijangka siap menjelang November ini.

"Bagi Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai sepanjang 70.4 km, pelaksanaan projek ini dipecahkan kepada tiga pakej utama iaitu Pakej 1, Wakaf Che Yeh-Kadok melibatkan laluan sejauh 10.8 km, Pakej 2 Kadok-Machang sepanjang 28.9 km dan Pakej 3 Machang-Kuala Krai sejauh 21.6 km," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu berkenaan kedudukan terkini pembinaan KBKK.

Katanya pelaksanaan projek Pakej 1B telah bermula April 2014 manakala Pakej 2A bermula April 2015.

Dalam pada itu, beliau berkata projek Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) yang melibatkan laluan dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai sepanjang 350 km akan dilaksana secara berperingkat sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020), tertakluk kepada peruntukan diterima daripada agensi pusat.

Sumber: Bernama | 2 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan