Kehadiran
lembu-lembu tidak bertuan mencacatkan pemandangan pekan Rantau Panjang sebagai
salah satu pusat beli-belah terkemuka di negara ini.
|
RANTAU PANJANG: Kehadiran puluhan lembu yang ‘tidak bertuan’ bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menjejaskan reputasi bandar ini sebagai salah satu lokasi membeli-belah bebas cukai yang terkenal di negara ini.
Presiden Pertubuhan Infrarakyat Rantau Panjang, Mohd. Nashran Nasuha berkata, masalah itu semakin rumit apabila bilangan haiwan tersebut semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata, kehadiran haiwan tersebut juga mengganggu lalu lintas serta mencemarkan kawasan tersebut kerana najisnya berada di merata tempat.
“Saya berharap pihak Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) mengambil serius perkara ini kerana melibatkan soal maruah negeri.
“Lagipun, Rantau Panjang merupakan salah satu pintu masuk utama ke negara ini dari Thailand, secara tidak langsung ia membawa imej Malaysia,” katanya di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati masalah lembu di Rantau Panjang seolah-olah sudah menjadi ‘barah’ kerana sikap pemilik yang melepaskan haiwan tersebut tanpa memikirkan keselesaan orang ramai di kawasan sekitar.
Mohd. Nashran memberitahu, sebagai penduduk Rantau Panjang, beliau berharap pihak MPDM mengambil tindakan segera menangkap haiwan tersebut dan mengenakan kompaun yang tinggi terhadap pemiliknya.
Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada mereka supaya tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka sesuka hati.
“Saya juga ingin menegur pemilik lembu-lembu ini supaya tidak melepaskan haiwan mereka itu sesuka hati,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia | 6 Ogos 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan