Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 7 Ogos 2018

Keputusan LPT Fasa 3 akan diumum dalam Bajet 2019

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa Tiga menghubungkan Kuala Terengganu, Terengganu hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan diteruskan atau tidak, akan diumum dalam Belanjawan 2019 pada November ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kerajaan pada dasarnya melihat pembinaan lebuh raya sepanjang 147 km yang dicadang dalam Rancangan Malaysia ke-11 pada 2015 itu sebagai satu keperluan, namun pembinaannya perlu melihat antara lain kewangan terkini kerajaan.

“Kerajaan lama telah semacam menangguhkan program ini atas pertimbangan mereka dan beri tumpuan pada yang lain. Dalam konteks kerajaan baru, kami akan kaji semula apa tak dilakukan Barisan Nasional (dahulu) sama ada ia boleh berjalan sekarang.

“Sudah tentu tak mudah, kita tak ada lampu Aladdin, kita harus lihat kemampuan kita, bukan Kementerian Kerja Raya sahaja. kita bukan tak simpati, kita perlu dapatkan pandangan kabinet dan kementerian lain,” katanya di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang mahu tahu sama ada kerajaan berhasrat meneruskan pembinaan LPT sehingga ke Kelantan.
 
Sumber: Bernama | 6 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan