Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 14 Ogos 2018

Projek pembinaan MRSM Ketereh dan Tanah Merah dikaji semula

Rina Harun
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengkaji semula rancangan untuk melaksanakan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun berkata, pihaknya perlu mengkaji semula pembinaan dua MRSM tersebut dan hanya akan dilaksanakan mengikut kedudukan kewangan negara.

“Dalam perancangan memang ada dua MRSM yang telah (dirancang pembinaannya) di Ketereh dan Tanah Merah, Kelantan. Itu disekat dan dikaji.

“Namun, insya-Allah ia akan dilaksanakan mengikut keadaan kewangan negara semasa,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang meminta kerajaan menjelaskan tentang status pembinaan dua MRSM tersebut dan MRSM berbayar. 

Sumber: Utusan Online | 13 Ogos 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan