Menara Maybank di Kuala Lumpur. |
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali
lagi mengukuhkan reputasinya dalam landskap kewangan global yang semakin
berdaya saing dengan mengekalkan kedudukannya sebagai antara 20 bank
paling kukuh di dunia pada tahun ini.
Maybank menjadi satu-satunya bank Malaysia dalam senarai 20 Bank
Paling Kukuh Di Dunia, suatu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi
negara dan bank tersebut, menurut majalah 'Bloomberg Markets' keluaran
Julai/Ogos 2014.
Hang Seng Bank Ltd, satu daripada institusi kewangan terulung di
China Hong Kong dan dimiliki oleh HSBC Holdings Plc, merupakan bank
paling kukuh di dunia, menurut ranking tahunan oleh 'Bloomberg Markets.'
Isu ini menyenaraikan bahawa Maybank sekali lagi dalam senarai antara
20 bank terkukuh dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Sebanyak 97
bank dinilai di peringkat global.
Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara dengan
jumlah aset lebih RM578 bilion setakat 31 Mac 2014. Jumlah depositnya
sebanyak RM396 bilion.
Bank-bank Asia menerajui dalam senarai itu berdasarkan laporan dengan lapan daripada 21 bank paling kukuh merupakan bank Asia.
Bagi mengenal pasti bank-bank terkukuh dunia, penerbitan itu
menggunakan fungsi Saringan Ekuiti (EQS) di Bloomberg Professional
Service untuk mendapatkan senarai bank-bank awam dan swasta dengan
jumlah aset US$100 bilion atau lebih sehingga 1 Mei.
Kriterianya termasuk Tahap 1 kepada aset berwajaran risiko, aset tidak
memberi keuntungan kepada jumlah aset, rizab kerugian pinjaman kepada
aset tidak memberi keuntungan, deposit kepada pembiayaan dan kecekapan
apabila kos berbanding hasil diambil kira.
Sumber: mStar Online | 3 Jul. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan