Kaunter tiket di Terminal Bas Melaka Sentral. Gambar kecil: Sebahagian kaunter memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehabisan tiket ke Pantai Timur. |
BANDAR RAYA MELAKA: Tiket perkhidmatan bas ekspres untuk perjalanan ke
destinasi negeri-negeri di Pantai Timur paling laris dijual di Terminal
Bas Melaka Sentral, di sini sempena Aidilfitri tidak lama lagi.
Tinjauan Sinar Harian ke beberapa kaunter tiket membabitkan beberapa syarikat perkhidmatan bas utama mendapati kebanyakan tiket untuk perjalanan cuti perayaan itu yang bermula 23 Julai sudah habis dijual, manakala perjalanan ke Utara dan Selatan masih ada.
Kerani tiket syarikat perkhidmatan bas Ekspress Mayang Sari, Suhadah Salehuddin berkata, kesemua tiket untuk perjalanan ke Pantai Timur sudah habis sebaik ia mula dijual kepada orang ramai sehari sebelum Ramadan lalu.
“Setakat ini, hanya perkhidmatan bas untuk ke Utara dan Selatan masih ada sementara untuk ke negeri Pantai Timur sudah habis.
“Setiap tahun keadaan sebegini memang biasa apabila kebanyakan tiket untuk perjalanan ke Pantai Timur paling laris,” katanya di sini, semalam.
Dalam pada itu, tinjauan ke kaunter tiket perkhidmatan syarikat Bas Ekspres Mara Liner yang dibuka sejak 1 Julai lalu, mendapati perjalanan ke Pantai Timur masih ada.
Menurut kerani bertugas, Ibrahim Mansor, kebanyakan perjalanan untuk cuti Aidilfitri bermula 24, 25 dan 26 Julai banyak dijual.
“Setakat ini, tiket-tiket bas untuk perjalanan ke negeri Pantai Timur masih ada lagi dan kami berharap orang ramai boleh mendapatkan segera sebelum kehabisan.
“Cuma tiket untuk tarikh 25 Julai paling laris dan tidak banyak lagi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Melaka & Negeri Sembilan | 4 Jul. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan