Abdul Fattah menunjukkan gambaran sebuah masjid yang akan dibina di Lembah Sireh berhampiran Terminal Bas Kota Bharu dengan kos RM5.5 juta. |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju menerima
pakai Akta 672 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
bagi meningkatkan lagi tahap kebersihan di kawasan pentadbiran pihak
berkuasa tempatan (PBT).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kajian mengenainya sebelum ini dibuat Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
Katanya, kerajaan negeri menerima cadangan daripada UPEN dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Alam Flora Sdn Bhd.
“Kerajaan negeri akan membuat keputusan muktamad sebelum majlis menandatangani perjanjian dibuat,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Akta 672 digubal bagi memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawal seliaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia.
Akta itu juga memberikan kuasa untuk kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada PBT di seluruh Semenanjung Malaysia.
Abdul Fattah berkata, penyerahan pengurusan sisa pepejal kepada Alam Flora akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
“Ia akan dimulakan di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
“Alam Flora hanya akan ambil alih soal kutipan dan kebersihan awam. Misalnya di pasar Alam Flora yang akan membersihkan parit, taman, pemotongan rumput dan sebagainya,” kata beliau.
Beliau juga memberitahu MPKB-BRI belum membuat sebarang keputusan untuk menjadikan Bulatan Jam sebagai tempat pelancongan baharu memandangkan terdapat pokok kurma yang menjadi tumpuan ramai.
Katanya, MPKB BRI tidak menghalang orang ramai untuk melihat pokok kurma berbuah dari dekat. “Bagaimanapun diharap orang ramai tidak mengambil buah tamar sesuka hati kerana ia belum lagi masak,” ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain MPKB-BRI akan membina sebuah masjid dua tingkat di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh yang bernilai RM5.5 juta. Katanya lokasinya terletak bersebelahan tapak terminal bas ekspress yang ada sekarang.
Menurutnya masjid berkenaan akan dibina di kawasan seluas 1.8 ekar dan apabila siap dapat mampu menampung kira-kira 1,000 jemaah.

Sumber: Harakah Daily | 2 Jul. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan