Pokok kurma yang berbuah lebat di Bulatan Tuan Padang di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. |
KOTA BHARU: Buah kurma daripada pokok di Bulatan Jam Besar (Bulatan Tuan Padang) masih belum
masak dan orang ramai perlu menunggu sehingga penghujung Ramadan jika
mahu menikmatinya.
Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin berkata, pihaknya tidak menghalang orang ramai untuk menikmati buah berkenaan sekiranya ada yang gugur.
“Buah yang ada sekarang masih belum masak, bagaimana hendak dimakan, jadi kita tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menikmatinya melainkan apabila ia masak nanti,” katanya, semalam.
Rosnazli berkata demikian bagi menjawab persoalan sama ada MPK-BRI akan melayan sebarang permintaan untuk menikmati buah kurma berkenaan jika ada pihak berhasrat berbuat demikian.
Mengakui kemungkinan ada permintaan daripada orang ramai termasuk ibu mengandung yang dibuat melalui kakitangan bawahannya, namun tidak ada yang dilakukan secara langsung melalui beliau.
“Mungkin ada yang meminta, kerana buah berkenaan pertama kali berbuah lebat tahun ini dan kebetulan pula dengan kedatangan Ramadan, tidak mustahil ada permintaan, tapi kami tidak mampu menunaikannya buat masa ini kerana buahnya belum masak,” katanya.
Dalam pada itu, Rosnazli berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima arahan untuk menghantar buah kurma berkenaan ke istana.
Cerita kurma berbuah lebat di Kelantan mendapat liputan meluas media di Kelantan, sekali gus menarik perhatian umum sehingga kawasan yang memiliki 37 batang pokok itu menjadi tumpuan orang ramai.
Buahnya dijangka masak penghujung Ramadan ini dan MPKB-BRI tidak keberatan mengizinkan orang ramai menikmatinya apabila tiba masanya nanti.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 2 Jul. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan