KOTA BHARU: Dommal Food Services Sdn Bhd, pengendali rangkaian
Domino’s Pizza bercadang membuka 25 lagi cawangan restoran itu sebelum
akhir tahun ini, bagi memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara.
Pengurus Besar Malaysia & Singapuranya Shamsul Amree Ab Rahman
berkata, tambahan rangkaian itu termasuk satu cawangan baharu yang akan
dibuka di Kubang Kerian, Kelantan menjelang bulan depan.
“Kami
dapati sambutan masyarakat di sini sangat menggalakkan, terutama selepas
pembukaan cawangan Kota Bharu di Jalan Hamzah dua minggu lalu.
“Malah kajian terhadap maklum balas pelanggan Kelantan juga mendapati
mereka lebih gemar menikmati hidangan pizza kami di restoran, berbanding
menempahnya dari rumah.
“Sehubungan itu cawangan Kubang Kerian
dibuka April ini dengan mutu perkhidmatan yang ditambah baik serta ruang
restoran yang diperluaskan untuk keselesaan pelanggan,” katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Domino’s Pizza Cawangan Kota Bharu di Jalan Hamzah, di sini semalam.
Shamsul Amree turut berkata, pihaknya akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan mengikut cita rasa masyarakat tempatan.
“Kami masih mengekalkan konsep penghantaran percuma dan tempahan yang dijamin sampai dalam tempoh 30 minit.
“Dengan pembukaan cawangan barhau nanti, saya percaya ia akan menepati selera semua peringkat masyarakat Malaysia,” katanya.
Sumber: Harian Metro | Bisnes | 14 Mac 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan