Kenderaan beratur memasuki Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen (CIQ) Johor Bahru untuk ke republik itu. |
SINGAPURA: Bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan
Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik ini akan
dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga
Pengangkutan Darat (LTA).
Dalam kenyataan di sini, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP
bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar
juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan. Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi.
Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.
Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari. Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain (waktu VEP ini dilanjut untuk bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura).
Lembaga itu memaklumkan kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014. Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan.
Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas.
Pengguna juga boleh melayari www.lta.gov.sg; klik 'Roads & Motoring' dan ; 'Driving In and Out of Singapore' atau menghubungi LTA di 1800-2255 582 (1800-CALL LTA) jika di Singapura atau 65-62255 582, jika membuat panggilan dari negara lain.

Sumber: mStar Online | 1 Jul. 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan