Pemandangan dari luar Kubu Kebal British di Kuala Gel |
JIKA beberapa kubu kebal tinggalan penjajah selepas Perang Dunia Kedua
di daerah lain dijaga rapi, namun berbeza kubu kebal di daerah Bachok
yang terbiar dipenuhi semak samun dan sebahagiannya dijadikan tempat
longgokan sampah serta sarang maksiat dan penagihan dadah.
Tujuh tahun lalu iaitu 2007, kubu berdekatan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa hanya menjadi lokasi pembuangan sampah oleh peniaga setempat, sehinggalah kemunculan Sinar Harian yang mencungkil khazanah terbiar itu, barulah ia dipulihara semula sebagai tapak warisan sejarah.
Dianggarkan, terdapat 25 kubu kebal dari Kota Bharu hingga ke Bachok dan sebahagiannya sudah semakin tenggelam ditelan pasir di pesisir pantai akibat hakisan setiap tahun menjelang musim tengkujuh.
Dalam kalangan masyarakat setempat, mereka lebih mengenali kubu kebal itu sebagai kubu Jepun, sedangkan hakikatnya ia adalah binaan British, dibina dari pesisir pantai Kuala Pak Amat hingga ke Bachok.
Terputus di situ, kubu yang sama dikatakan dikesan di Besut, Terengganu. Kubu tersebut dibina dari konkrit dan pasir sungai, diikat dengan kerawat besi sebagai sebuah binaan oktagon untuk memuatkan tentera upahan British yang terdiri daripada askar Punjab atau Gurkha.
Setiap sisinya mempunyai lubang untuk memerhati dan menembak musuh yang datang dari arah laut.
Tinggalan hanya separuh daripada binaan asal
Seorang pesara tentera, Mejar (B) Syed Abdul Rahim Syed Muhammad, 63, berkata, kubu itu sebenarnya mempunyai ketinggian yang lebih daripada yang dapat dilihat sekarang kerana apa yang tinggal hanya separuh daripada binaan asal.
“Kubu ini lebih tinggi daripada yang tinggal sekarang untuk membolehkan askar Gurkha mengesan kehadiran askar Jepun dari laut yang mara 8 Disember 1941.
"Dipercayai kubu dibina lebih awal dalam masa cukup singkat sebagai pertahanan mengekang kemaraan tentera Jepun," katanya.
Menurutnya, dipercayai askar yang ditempatkan dalam kubu tersebut dirantai antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka melarikan diri dan bertahan hingga hujung nyawa mereka.
"Peluang yang ada ketika askar mempertahankan kubu itu digunakan sebaik mungkin untuk pegawai British bergerak meninggalkan Tanah Melayu menuju ke Singapura.
“Saya percaya dalam setiap kubu tersebut, ada askar yang mati dan jasad mereka berkubur di situ sahaja selepas kedatangan Jepun. Di Teluk Cempedak, Pahang, kubu sedemikian dipulihara dan dijadikan tarikan sektor pelancongan,” katanya.
Tiga kubu di Kuala Gel
Bagi penduduk Kuala Gel pula, kubu lebih dikenali sebagai gerek. Di situ terdapat tiga gerek berdekatan chalet, pusat kajian samudera dan penempatan penduduk.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Li, 50, berkata, boleh dikatakan setiap kampung di pesisir pantai dalam daerah Bachok mempunyai sebuah kubu.
Katanya, Kuala Gel mungkin sebagai kubu terakhir dalam Bachok. “Tidak ramai orang tahu mengenai gerek ini kecuali beberapa penduduk lama, sebahagiannya sudah meninggal dunia.
"Daripada apa yang diceritakan, kubu ini memang menempatkan askar upahan British seperti Punjab, Melayu dan Gurkha yang berperanan mempertahankan negeri ini ketika kemasukan Jepun dahulu," katanya.
Menurutnya, tidak jauh dari kubu itu, ada sebuah kubur orang Vietnam yang tidak diketahui bagaimana asal usulnya boleh berada di situ tetapi kawasan itu dikatakan ‘agak keras’.
Li berkata, kubu berkenaan sering menjadi tumpuan kerana penemuan beberapa peluru dan bom lama, malah dikatakan juga sebelum askar berundur, mereka ada menyimpan senjata, peluru dan keperluan mereka di lokasi yang tidak dapat dikesan.
"Namun, sudah banyak kes penduduk jumpa peluru dan bom di sekitar kubu tersebut. Ada juga peluru dijumpai di sekitar kawasan rumah penduduk, mungkin kerana ia pernah jadi lokasi pertempuran suatu ketika dahulu.
“Kalau tidak silap saya, sekitar 90-an terdapat kes letupan bom membunuh seorang penduduk. Ia berlaku apabila penduduk menjumpai bom tersebut menganggap ia seketul besi. Bom itu diketuk untuk dipecahkan dan akhirnya menyebabkan letupan," katanya.
Menurutnya, ada juga pengutip barangan terpakai menjumpai bom tetapi tidak mengetahui ia adalah bom sehinggalah dimaklumkan kepadanya dan ia diambil oleh pihak polis untuk dimusnahkan.
Tumpuan pelancong asing
Kubu kedua yang dilawati di Kampung Anak Rhu, berdekatan kediaman keluarga Azilawati Mohd Apandi, 40.
Azilawati berkata, sejak dia mendiami kampung itu 12 tahun lalu, kubu tersebut sering menjadi lokasi tumpuan pelancong asing yang datang mengambil gambar.
“Kubu ini masih elok berbanding di kampung saya di Pantai Baru. Adakala orang dari muzium dan pelancong asing datang ambil gambar serta buat rakaman video.
“Orang kata kubu ini dua tingkat dan dikatakan terdapat sisa bedilan peluru di dinding kubu ini akibat serangan musuh ketika itu tetapi saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya,” katanya.
Tinjauan terakhir Sinar Harian di Kampung Pantai Baru pula mendapati hanya bahagian bumbung kubu sahaja yang kelihatan berikutan hakisan pantai yang menyebabkan ia semakin tenggelam.
Kubu itu juga berdekatan rumah penduduk dan kelihatan tidak terjaga. Dipercayai kebanyakan kubu tinggal ini tidak dipulihara dengan baik, berkemungkinan ia terletak dalam tanah persendirian.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan sama ada oleh agensi berkaitan atau kerajaan negeri untuk menjaga dan memulihara tinggalan sejarah ini yang boleh mengingatkan kita mengenai keperitan suatu ketika dahulu tanah ini pernah dijajah oleh bangsa asing.
Jika ia dibiarkan begitu sahaja umpama reban ayam atau sekadar menjadi sarang maksiat dan penagihan dadah, maka nilai sejarah itu akan berkubur.
Tiada apa lagi yang tinggal untuk dikenang oleh generasi akan datang. Tanpa warisan, tiadalah sejarah yang menjadi medium utama jati diri sesebuah bangsa.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 31 Mac 2014
Org klate mmg Bodo..lebai kata bek DK zikr dumah je..pits masyuk
BalasPadam