Tinjauan Sinar Harian mendapati operasi kuari di Bukit Buloh makin berkurangan namun penduduk masih dibelenggu pencemaran asap dan bau. |
MACHANG: Kerajaan negeri memandang serius pencemaran udara yang
membabitkan lebih 1,500 penduduk di sekitar Kuari Bukit Buloh, Pulai
Chondong, dekat sini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian Isnin
lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, dakwaan penduduk itu perlu diberi perhatian yang serius terutamanya apabila ia membabitkan masalah kesihatan.
Menurutnya, pihak berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) perlu menyiasat segera aduan tersebut bagi mengelak ia berlarutan dan menimbulkan kesan negatif kepada kehidupan penduduk sekitar.
“Dalam keadaan cuaca panas pada hari ini, keadaan akan bertambah buruk jika masalah pencemaran udara dan bau itu berterusan. Ia mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kepada penduduk terutamanya warga emas dan kanak-kanak.
“Saya minta JAS dan PTG ambil tindakan segera dengan menyiasat dakwaan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pada aduan tersebut, penduduk mendakwa pencemaran udara akibat kerja-kerja memproses tar (premix) itu berlarutan sejak awal bulan ini dan membimbangkan penduduk.

Penduduk juga terpaksa mengurangkan aktiviti harian dan terpaksa
menghabiskan banyak masa di dalam rumah bagi menjaga kesihatan
masing-masing.
Dalam pada itu, Pengarah JAS Kelantan, Muhibbah Selamat berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesan aktiviti kuari yang mempunyai kaitan dengan pencemaran tersebut.
Katanya, JAS akan terus menjalankan siasatan lanjut dan melaksanakan tinjauan yang berterusan dari masa ke semasa bagi mengenal pasti pengendali yang tidak mematuhi peraturan sekaligus menyebabkan pencemaran tersebut.
“JAS akan pantau aktiviti di kuari tersebut secara berterusan bagi memastikan masalah ini dapat ditangani dengan baik dan menyediakan kehidupan yang selesa buat penduduk, “ katanya.
Sementara itu tinjauan Sinar Harian ke Kampung Jenereh Bongkok di sini, semalam mendapati operasi mesin-mesin tersebut semakin berkurangan namun masih mengeluarkan asap dan debu yang mampu menyebabkan pencemaran.
Seorang penduduk, Mohamed Hassan berkata, sekalipun operasi mesin tersebut berkurangan namun pencemaran itu masih berterusan dan membimbangkan penduduk kampung.
Katanya, asap dan bau busuk masih menjadi landskap kampung tersebut dan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan orang kampung terutamanya di beberapa kampung berdekatan.
“Saya harap kerjasama semua pihak dapat mengembalikan kehidupan yang selamat dan selesa kepada penduduk di sini terutamanya pada musim kemarau ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 27 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan