Md Anizam (dua dari kiri) melepaskan peserta Kayuhan Muhibah anjuran Tourism Malaysia Kelantan di Kota Sultan Ismail Petra, semalam. |
KOTA BHARU: Aktiviti pelancongan berbasikal antara produk terbaharu bagi mempromosi nilai tradisional masyarakat kampung di negeri ini kepada pelancong tempatan dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi memperhebatkan lagi aktiviti pelancongan di negeri ini.
Menurutnya, promosi produk-produk pelancongan yang merangkumi seni warisan kraf tangan, makanan tradisional, perkampungan Melayu dan Cina serta chalet penginapan yang unik menerusi produk baharu tersebut pasti lebih berkesan.
“Berbasikal lebih mudah dan sesuai untuk melalui lorong-lorong di kawasan kampung serta mendekati masyarakat setempat. Kenali budaya dan kampung tradisional itu yang kita mahu pelancong luar rasai.
“Selain beri pengalaman menarik buat pelancong kita juga mahu jadikan ia aktiviti riadah untuk mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.
Md Anizam berkata demikian kepada media pada pelepasan Program Berbasikal Kayuhan Muhibah 2014 anjuran Tourism Malaysia Negeri Kelantan di Kota Sultan Ismail, Petra, semalam.

Seramai 70 peserta terlibat terdiri dari industri pelancongan, kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersama-sama memeriahkan aktiviti berbasikal itu. Antara lokasi yang dilalui Menara Tinjau, Sungai Budur, Kampung Cina, Kem Kijang dan Pasir Belanda Resort.
“Peserta akan berhenti di setiap perhentian menarik terpilih sepanjang 25 kilometer perjalanan dari Kota Bharu sehingga ke Pantai Cahaya Bulan.
“Kita akan cuba jadikan aktiviti berbasikal jadi program wajib dan kalau boleh di jayakan di daerah-daerah lain juga. Kerajaan Negeri akan terus berikan sokongan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Cawangan Kelantan, Nur Aida Ismail, Kayuhan Muhibah dan Kampung Fun Ride ini diadakan kerana aktiviti berbasikal kini semakin popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke negara ini dan negeri ini khususnya.
“Cara tersebut juga boleh memperkenalkan serta menyalurkan maklumat mengenai produk-produk pelancongan baru yang boleh diketengahkan.
“Kita ada 29 program tahun ini, di mana 12 darinya adalah anjuran Tourism Malaysia selebihnya bersama kerajaan negeri. Ia adalah salah satu usaha bagi membantu kerajaan negeri capai sasaran 6 juta pelancong ke negeri ini tahun ini,” ujarnya.
Nur Aida berkata, bagi dua bulan pertama kemasukan pelancong cukup memberangsangkan khususnya pada cuti musim perayaan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 16 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan