Ahmad (kanan) bersalaman dengan pemandu yang hadir pada majlis penyerahan sumbangan, semalam. |
KOTA BHARU: Persatuan Pemilik Pemandu Teksi dan Kereta Sewa (Buluh
Kubu) gesa pihak berkenaan mempertimbangkan kemasukan bas Rapid ke
bandar Kota Bharu yang mungkin dijadualkan bermula Jun ini.
Presidennya, Abdul Majid Abdul Razak berkata, ia bertujuan menjaga hak kebajikan pemandu teksi di empat stesen terlibat kerana ia adalah sumber rezeki mereka.
“Namun, jika kemasukan tersebut tidak dapat dielak lagi, kami harap pihak berkenaan dapat mempertimbangkan pemberian sagu hati kepada persatuan yang mungkin melibatkan subsidi pertanian atau nelayan.
“Malah, perkara ini juga telah dibincangkan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Buat masa sekarang, kami harap agar diberi peluang untuk terus berkhidmat kepada masyarakat di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Majid ditemui pada majlis penyerahan sumbangan daripada Menteri Besar, berjumlah RM10,000. Majlis turut dihadiri penaung persatuan, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Abdul Majid berkata, pihaknya sangat berharap kebajikan mereka terus terjaga walaupun Rapid bakal memasuki sektor perkhidmatan kenderaan awam di kawasan tersebut.
Sementara itu, Abdul Fattah berkata, pihak pengurusan persatuan tersebut perlu bersepakat dalam menyatakan sebarang pendapat supaya setiap kebajikan dan keperluan, tidak kira persatuan mahupun peribadi akan dibincangkan bersama.
“Kita bagaikan satu keluarga, mesti bersepakat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, banyak perkara yang kita dapat bantu bila kita sentiasa bekerjasama antara satu sama lain," katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan