Wakil AP menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Bharu, semalam. |
KOTA BHARU: Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Antipengkhianat
Islam (AP) menggesa pihak berkuasa menyiasat lebih lanjut penyebaran
Murtads in Pantai Timur di laman sosial Facebook yang didakwa menghina
Islam.
Wakilnya, Azman Salleh berkata, kewujudannya disedari NGO tersebut tengah hari kelmarin, apabila ia tersebar di Facebook dan WhatApps.
“Tengah hari semalam (kelmarin), saya dapati terdapat 400 ‘like’ daripada pengunjung Facebook dan kemudian ia bertambah menjadi 1,600 'like' tidak termasuk komen.
“Atas kesedaran ramai dan rasa tercabar, AP mengambil tindakan membuat laporan polis kerana kebanyakan status yang dimuat turun menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW serta mempersendakan sultan,” dakwanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, semalam.
Sehubungan itu, pihaknya menggesa pihak berkuasa segera membuat siasatan mengenai penyebaran isu tersebut bagi mengelakkan ia tersebar dengan lebih meluas.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 19 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan