Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 16 Februari 2014

Perkhidmatan feri dari jam 07:00 – 23:00 di Kuala Krai

Nik Ali (kanan) hadir ketika majlis perasmian perkhidmatan feri Koperasi Pasir Kelang Bhd.
KUALA KRAI: Koperasi Pasir Kelang Berhad merupakan satu-satunya koperasi yang berjaya memberikan kemudahan perkhidmatan feri kepada kira-kira 15,000 pengguna.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata, kesungguhan pihak Koperasi Pasir Kelang Bhd membolehkan mereka diberikan pinjaman mudah berjumlah RM333,000 di bawah skim tabung modal pusingan suruhanjaya koperasi untuk beroperasi.

Menurutnya, SKM kagum dengan inisiatif koperasi ini yang dapat mengembangkan projek pengangkutan feri bagi membolehkan penduduk berulang alik menyeberangi sungai yang mengambil masa lima minit ke kampung sekitar.

“Harga feri yang mula beroperasi pada peringkat percubaan pada Hari Raya Haji tahun 2012 ini RM370,000 tetapi SKM meluluskan pinjaman RM330,000 untuk Koperasi Pasir Kelang Bhd membeli feri yang dipasang di negara ini.

“Inilah satu-satunya koperasi yang berjaya menyediakan perkhidmatan feri kepada orang ramai di negara ini dan langkah diambil harus dipuji,” katanya kepada pemberita ketika perasmian Feri Koperasi Pasir Kelang Bhd, kelmarin.

Turut hadir, Adun Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman merangkap Ketua Umno Bahagian Kuala Krai dan Pengarah SKM Kelantan, Wan Muhamad Sabri Wan Harun.

Nik Ali berkata, feri berkenaan beroperasi di bawah Kelulusan Jabatan Laut Malaysia mengikut garis panduan ditetapkanBeliau berkata, bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin, koperasi telah membina kabel merintangi sungai terutama ketika musim tengkujuh paras air sungai berkenaan meningkat.

“Koperasi ini tidak memfokuskan kepada aktiviti komersial kerana itu jugalah harga ditawarkan agak berpatutan. “Kenderaan kerajaan tidak dikenakan caj, termasuklah kanak-kanak sekolah yang berpakaian uniform,” katanya.

Nik Ali berkata, perkhidmatan feri beroperasi dalam tempoh percubaan selama setahun sebelum beroperasi secara rasmi sejak dua bulan laluSementara itu, Pengerusi Koperasi Mohammad Jaafar berkata, sebelum perkhidmatan feri disediakan kepada penduduk setempat, mereka hanya menggunakan bot untuk menyeberangi sungai.

Berikutan mereka berdepan pelbagai masalah memandangkan kenderaan seperti kereta dan lori penduduk terpaksa ditinggalkan di seberang sungai. Menurutnya, keselamatan kenderaan penduduk tidak terjamin sehingga menyebabkan kerap berlaku kecurian.

“Terdapat kira-kira lapan kes kecurian kenderaan yang diletakkan di seberang sungai, kini dengan adanya perkhidmatan feri, masalah tersebut dapat diatasi. Perkhidmatan feri ini bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 16 Februari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan