RANTAU PANJANG: Pembangunan Wilayah Ekonomi Wilayah Timur (ECER) memanfaatkan keadaan cuaca 
di Kelantan bagi membangunkan projek tenaga solar berskala besar.
Projek melibatkan kos RM50 juta dijangka menjadikan Kelantan 
berpontensi besar sebagai pembekal utama kuasa alternatif untuk menjana 
tenaga elektrik yang menjimatkan dan mesra alam.  
Projek tenaga solar itu mampu menyumbang kuasa elektrik sebanyak 4 megawat kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB). Penyelia projek tenaga solar ECER, Zamri Mohamad berkata, 
cuaca panas di Kelantan dijangka mampu menghasil sehingga 10 megawat 
sebagai sumber tenaga alternatif.
“Ini adalah projek tenaga solar yang pertama dalam skala besar 
di Kelantan membabitkan kos sebanyak RM50 juta 
yang dibangunkan dua fasa. 
“Fasa pertama telah siap dan mula beroperasi sejak 15 Disembar lalu, manakala fasa kedua masih dalam pembinaan dan dijangka siap Mac ini,”
 katanya di sini.
Projek tersebut dibangunkan 
syarikat tempatan, iaitu Komitmen Mantap di kawasan seluas 18 ekar 
berhampiran Bandar Baharu Pasir Mas di Lubuk Jong. 
Projek itu mula dibina pada Oktober lepas, akan menjadi pembekal 
kuasa baharu kepada TNB bagi kegunaan di sekitar Pasir Mas dan Rantau 
Panjang.
Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof
 berkata, projek tenaga 
solar yang terletak di Kampung Baharu, Lubok Jong itu satu-satunya 
projek sumber tenaga alternatif terbaharu di Kelantan.
“Projek tenaga solar yang dilaksanakan tersebut bagi 
manfaat rakyat Kelantan, lebih-lebih Rantau Panjang dan Pasir Mas kini 
semakin pesat membangun,” ujarnya.
Sumber: Harakah Daily | 11 Februari 2014 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan