Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 5 Februari 2014

UKM di tempat ke-19 Senarai Universiti 50 Teratas di Bawah Usia 50 Tahun


PETALING JAYA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu-satunya institusi di Malaysia yang tersenarai dalam ranking 'Top 50 Under 50' (50 teratas di bawah usia 50 tahun) QS. Ia melonjak ke tempat ke-19 tahun ini daripada kedudukan 23 pada tahun lepas.

Ketua Unit Penyelidikan Kecerdasan QS, Ben Sowter berkata ranking universiti 'Top 50 Under 50' QS telah ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu.

"Sifat dinamik dalam kedudukan ini menjadikannya suatu perbandingan yang menarik dengan kedudukan global dan serantau.

"Memandangkan ranking ditentukan oleh umur, sesetengah institusi akan turun dari senarai sebaik sahaja mereka mencapai ulang tahun ke-50.

"Kami telah mempertimbangkan semua 800 universiti yang disenaraikan dalam QS World University Rankings 2013/14 untuk 'Top 50 Under 50'," katanya dalam satu temu bual melalui e -mel.

Sowter berkata kedudukan UKM meningkat kerana University of Warwick dan University of Lancaster, kedua-duanya di Britain, dan Universiti Macquarie di Australia terkeluar dari senarai selepas melepasi ulang tahun ke-50 mereka.

Beberapa universiti yang disenaraikan sebelum UKM pada tahun lepas juga secara keseluruhannya telah terkeluar daripada ranking. Universiti Warwick berada di tempat ketiga pada 2013.

'Top 50 Under 50' QS disusun oleh QS Quacquarelli Symonds, yang juga menghasilkan Ranking Universiti Dunia tahunan.

Sowter berkata '50 Top Under 50' adalah berdasarkan kaedah yang digunakan untuk menyusun kedudukan ranking universiti dunia tahunan QS yang terdiri daripada reputasi akademik dan majikan, nisbah fakulti - pelajar, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa.

"Dalam industri di mana sejarah yang lebih panjang sering dilihat sebagai lebih wajar, universiti yang telah ditubuhkan jauh lebih lama sering memegang kelebihan reputasi berbanding institusi yang lebih muda," katanya.

Sowter berkata senarai itu bertujuan mengesan kuasa pendidikan tinggi pada masa akan datang di arena global dengan memberi tumpuan kepada prestasi institusi muda.

Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata beliau gembira apabila mengetahui bahawa UKM telah disenaraikan dalam 'Top 50 Under 50' QS. "Ia akan menjadi berita baik untuk semua orang di UKM," katanya.

Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong mendahului 'Top 50 Under 50' QS tahun ini, diikuti Universiti Teknologi Nanyang, Korea Advanced Institute of Science and Teknologi dan City University of Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang: www.topuniversities.com/50under50. 

Sumber: mStar Online | 30 Januari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan