Tengku Fadzillah (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya pada sidang akhbar di pejabatnya, semalam. |
Yang Dipertuanya, Tengku Fadzillah Hussin berkata, tindakan itu memburukkan pertubuhan tersebut dan memberikan imej yang tidak baik kepada Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang.
Katanya, pihaknya bersedia bersemuka dengan pemilik akaun Facebook itu bagi mendapatkan kepastian sebenar mengenai niat mereka menggunakan gambar berkenaan, yang menjadi lambang pertubuhan membela agama Islam dan Raja-raja Melayu.
“Kami juga berharap, pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk menangani perkara ini agar tidak berterusan. Media sosial hari ini dilihat digunakan dengan meluas untuk menyebarkan fitnah atau perkara negatif termasuk menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.
“Tindakan tersebut bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam tetapi juga boleh mengganggu gugat keamanan negara ini dengan membuat provokasi dan mencetuskan pergaduhan,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap akaun Facebook menggunakan nama ‘Murtads in Pantai Timur-MPT'.
Tengku Fadzillah berkata, akaun terbabit perlu disekat bagi menghalang ia berterusan dan menjadi ikutan pihak tidak bertanggungjawab kerana bimbang mempengaruhi orang ramai.
Menurutnya, senario seumpama itu dilihat menjadi fenomena baru yang merebak dengan cepat dan membimbangkan orang ramai terutama umat Islam dan bangsa Melayu.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu bertindak tegas dalam soal itu supaya tidak ada pihak berani secara terang-terangan menghina agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 22 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan