Ahmad (dua, kanan), Mohd Amar (kanan) dan Nik Abdul Aziz (kiri) melihat replika rumah mampu milik yang akan dibina di Badang nanti. |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berhati-hati beri kelulusan mengubah
taraf tanah pertanian kepada pembangunan supaya tidak mendatangkan kesan
kepada aktiviti penanaman padi di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya juga mempertimbangkan sebarang kelulusan menukar status tanah pertanian untuk dijadikan tapak perumahan dan syaratnya dipantau majlis daerah.
Bagaimanapun Ahmad berkata, kerajaan negeri tidak bimbang untuk meluluskan tukar taraf tanah berkenaan kerana pihaknya mengambil kira keluasan kawasan pertanian yang terdapat di Kelantan.
“Kita lihat (tanah pertanian) banyak berada berhampiran jalan raya, jadi perkara ini sentiasa dalam perhatian kerajaan dan dipertimbangkannya.
“Malah, kita juga sentiasa menambahkan kawasan pertanian seperti membuka kawasan ladang dan sebagainya,” katanya kepada media, semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan Program Rumah Mampu Milik Kelantan dan Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Badang di Padang Pak Amat, di sini, semalam.
Hadir sama, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Mohd Sabri Abdullah.
Ahmad yang memegang portfolio Jawatankuasa Pentadbiran Awam Perancangan Ekonomi dan Kewangan negeri berkata, setakat ini kerajaan mampu untuk mengeluarkan hasil pertanian; malah tanaman padi masih lagi mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.
Dalam masa sama, Ahmad mengharapkan agensi pertanian di negeri ini termasuk individu perseorangan meneruskan aktiviti pertanian kerana usaha tersebut tidak dihalang.
Sebelum ini, terdapat gesaan dari Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) supaya kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan untuk pecah tanah lot sawah padi bagi tujuan pembangunan secara berleluasa kerana bimbang memberi kesan besar kepada aktiviti penanaman makanan utama itu.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 24 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan