Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Jumaat, 21 Februari 2014

Mufti Kelantan selar laman Facebook hina Islam

Facebook terbaharu yang didakwa menghina Islam.
KOTA BHARU: Jabatan Mufti Kelantan menyelar pihak yang menghina Islam, menerusi Facebook Murtads In Pantai Timur dan Murtads in Kelantan-MIK.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan memaparkan kenyataan mengutuk Islam dan Nabi Muhammad SAW itu boleh mencetuskan persengketaan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Justeru, Mohamad Shukri meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman, tidak menggunakan media untuk menghuru-harakan keharmonian. “Kita tak tahu siapa pemilik akaun (Facebook) itu. Mungkin bukan daripada kalangan orang Islam.

“Kalau yang buat begitu orang Islam, saya minta dia segera bertaubat,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika mengulas penyebaran penghinaan Islam menerusi Facebook.

Mohamad Shukri (tiga kanan) bertemu huffaz selepas majlis berlangsung, semalam.
Sumber: Sinar Harian | Nasional | 21 Februari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan