Nazran ketika melakukan semburan ubat membasmi nyamuk pada majlis pelancaran program Kelantan Go Green di Pasar Besar Gua Musang. |
GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah selesai membuat
bancian di mana terdapat 700 rumah yang dibina secara setinggan sekitar
bandar ini bakal diberi arahan berpindah bagi tindakan meroboh kesemua
rumah berkenaan.
Mereka diberi masa antara tiga hingga empat bulan untuk berbuat demikian dan jika gagal MDGM sendiri akan mengambil tindakan bagi membersihkan semua kawasan terbabit tanpa menerima sebarang rayuan.
Yang Dipertua MDGM, Nazran Mohamad berkata, kebanyakan penduduk setinggan itu sudah diberikan lot rumah secara percuma di Kampung Tanah Puteh dan Kundur sejak 24 tahun lalu, tetapi mereka masih enggan berpindah.
Menurutnya, pihaknya terpaksa bertindak lebih tegas termasuk merobohkan rumah setinggan itu apabila sampai masanya nanti jika ada di antara mereka yang berdegil berbuat demikian kerana masa yang diberikan itu sudah terlalu lama.
“Kita memang tahu ada penduduk yang sudah menjual lot rumah itu kepada orang lain dan kita tidak akan mengambil kisah kerana ia adalah hak mereka,” katanya ketika berucap ketika pelancaran Program Kelantan Go Green peringkat Daerah, di pekarangan pasar besar, di sini, pagi semalam.
Nazran mengakui memang telah ramai penduduk setinggan yang berpindah ke Kampung Tanah Puteh dan Kundur, tetapi sesetengah mereka ada yang menjual dan memberi sewa rumah setinggan kepada orang lain bagi mendapat keuntungan.
Risiko itu ditanggung mereka yang membelinya kerana MDGM tidak bertolak ansur lagi untuk mengambil tindakan lebih tegas menghapuskan setinggan.
Beliau berkata, sebelum ini sudah beberapa kali penduduk diberi ingatan dan melarang mereka mendirikan rumah di kawasan setinggan kerana berdepan dengan pelbagai risiko termasuk jangkitan pelbagai penyakit dan kebakaran.
“Sebelum ini juga pernah berlaku kebakaran besar yang mengakibatkan 50 rumah setinggan di kawasan setinggan keretapi dan Sungai Chinda di bandar ini kerana jarak rumah terlalu dekat antara satu sama lain.
“Sekarang kita akan pantau dan mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan mereka pindah supaya hasrat kerajaan untuk 'membersihkan' rumah setinggan tercapai dan tanpa ada lagi rayuan diterima,” katanya.
Beliau mengakui selagi tidak ada tindakan tegas terhadap perkara itu, maka selama itulah penduduk akan terus tinggal di kawasan setinggan dan enggan berpindah di tapak yang telah diagihkan kerajaan.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 21 Februari 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan