KUALA LUMPUR: Laporan kononnya Pemuda Umno Tenom pihak
terawal menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Banjaran Crocker seperti
disiar Buletin Utama malam kelmarin didakwa rakaman lama yang diulang
siar.
Kordinator Jingga 13, Fariz Musa (gambar) mendakwa, carian pihaknya mendapati visual yang digunakan TV3 tersebut sebenarnya rakaman lama bertarikh 29 Mei 2007.
“Perkara ini bukan saya sahaja sedar, tetapi ramai lain perasan mengenai perkara ini. Lebih jelas bila TV3 cuba menutup dengan mengkaburkan tarikh video tersebut yang menyebabkan perasaan ingin tahu lagi dengan membuat carian tetapi kalau tak tutup tentulah lagi cepat kantoi.
“TV3 terus menjadi media propaganda Umno dengan sanggup menipu rakyat kononnya Umno menghantar bantuan kepada mangsa banjir berpunca empangan Padas terlampau penuh menyebabkan air deras di Crocker Range mengakibatkan banjir di Tenom,” kata Fariz dipetik Selangorku.
Isu banjir di Sabah mendapat perhatian banyak pihak apabila kerajaan didakwa lambat menghantar bantuan malah tidak diberi perhatian serius berbanding banjir yang melanda Pantai Timur Semenanjung Disember tahun lalu.
Beberapa pihak mengecam kerajaan yang didakwa bersikap 'double standard' dalam tindakan mereka berhubung perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Fariz berkata, tiada sebab sesebuah stesen televisyen mengkaburkan sebahagian video dalam laporan mereka kecuali berkaitan dengan wajah suspek jenayah.
Kata Fariz lagi, beliau tidak menolak kemungkinan, tindakan 'penipuan' tersebut dibuat sebagai mahu menutup malu Umno yang didakwa lambat memberi bantuan banjir.
"TV3 sepatutnya bertindak profesional dengan tidak membiarkan diri mereka dipergunakan pihak tertentu sesuka hati hingga menyebabkan kredibiliti stesyen televisyen itu semakin merudum di mata masyarakat umum," lapor web itu lagi.
Beliau juga mendakwa, taktik ini bukan pertama kali apabila pada 2011, Jingga13 pernah membuat satu laporan polis terhadap laporan pembohongan TV3 berhubung isu murtad.
Semalam, isu TV3 didakwa menggunakan visual lama untuk laporan bantuan banjir ini menjadi perhatian ramai di laman sosial Facebook dengan pelbagai kecaman dan sindiran para pengguna laman sosial itu.
Rata-rata menganggap perkara ini sekiranya benar-benar berlaku, bukan sahaja memalukan malah satu penghinaan dan mempermainkan mangsa banjir di Tenom yang sedang mengharapkan bantuan dari semua pihak.

Sumber: Harakah Daily | 17 Februari 2014
SOALAN: Ada lagikah yang 'tengok' TV3?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan