Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 19 Februari 2014

Universiti Malaysia Kelantan terima peruntukan RM226 juta

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima peruntukan RM226 juta daripada Kerajaan Pusat bagi pembangunan infrastruktur kampus tersebut, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose.

Beliau berkata peruntukan tersebut juga membabitkan pembinaan sebuah kampus induk. "Sekarang kita tidak mempunyai kampus induk. Ketiga-tiga kampus beroperasi sendiri dan dengan adanya peruntukan ini, kita akan jadikan Bachok sebagai kampus induk bagi UMK," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2014 UMK di sini Rabu.

Beliau berkata proses pembinaan kampus induk itu dijangka dilakukan tahun ini dan siap pada 2015. "Kita ingin jadikan kampus tersebut kampus dalam taman yang akan dilawati oleh orang ramai.

"Setakat ini kita telah tanam beberapa jenis pokok untuk menjadikan persekitarannya menarik kerana konsep kita ialah Kampus Go Green," kata Raduan.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menambah bilangan pensyarah pada tahun ini kepada 667 orang bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

"Sekarang kita ada 402 pensyarah dan tahun ini kita akan tambah pensyarah kerana jumlah pelajar sekarang adalah 10,000 orang. "Kita perlu tenaga kerja yang ramai bagi menampung pelajar yang semakin bertambah," katanya.

Raduan berkata pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan selaras dengan kehendak universiti.

"Pihaknya akan mewujudkan Institut Keusahawanan UMK bagi memacu agenda keusahawanan yang dibawa oleh universiti selama ini," katanya. 

Sumber: BERNAMA | 19 Februari 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan