Mohamed Farid Jamalasmadi
menerangkan tentang bahaya dan kesan buruk penagihan dadah kepada murid-murid
dalam Program Pencegahan Dadah di SK Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan,
semalam.
|
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Cherang Ruku, Suhana Yusof berkata, pendedahan mengenai pelbagai jenis dadah dan kesan buruk penagihannya menerusi kaedah tayangan gambar berjaya menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid-murid.
“Penerangan berkaitan dadah disampaikan dengan terperinci termasuk sesi soal jawab memberi lebih pemahaman kepada murid-murid. Ini usaha kita dalam memastikan mereka menjauhi dadah.
“Kesedaran ini akan menjadi benteng kepada mereka untuk tidak mencuba atau terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya untuk mencuba dadah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Program tersebut dikendalikan Pegawai AADK Pasir Puteh, Mohamed Farid Jamalasmadi.
Dalam pada itu, Suhana berkata, berdasarkan situasi terkini, masih ramai ibu bapa yang tidak mengenali jenis-jenis dadah sehingga gagal mengesan penglibatan anak dengan gejala buruk berkenaan di peringkat awal.
“Mereka menganggap pil yang lazimnya berwarna merah dan pink sebagai tablet ubatan atau vitamin sedangkan ia adalah dadah perangsang untuk melepaskan gian ketagihan.
“Oleh sebab itu, usaha AADK mengedarkan pamplet berkaitan jenis-jenis dadah untuk murid-murid membawanya pulang ke rumah masing-masing adalah tepat supaya ibu bapa mereka juga diberi kefahaman betul berkaitan dadah,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Pendidikan | 24 Oktober 2017 | Terbitan 25 Oktober 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan