Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 19 Mac 2017

KKLW masih buka peluang kepada penduduk luar bandar miliki Rumah Bina Negara

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Jazlan Yaacob (depan empat, kanan) bergambar bersama 20 penerima Rumah Bina Negara (RBN) pada Majlis Pelancaran RBN Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Lepan Kandis, Machang. Foto: Wan Muhamad Wan Adam
MACHANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) masih membuka peluang kepada penduduk luar bandar untuk memilik Rumah Bina Negara.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata harga rumah berkenaan adalah RM65,000, namun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap rumah yang dibina.

"Peserta hanya perlu membayar ansuran bulanan antara RM250 hingga RM300 dan akhirnya mereka akan mendapat memiliki rumah sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rumah Bina Negara peringkat negeri di Kampung Lepan Kandis, Pulai Chondong di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sopian Abu Bakar.

Pada majlis berkenaan, seramai 20 ketua keluarga menerima replika kunci Rumah Bina Negara masing-masing.

Ahmad Jazlan yang juga anggota Parlimen Machang berkata rumah berkenaan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air, satu bilik tamu dan ruang dapur.

Beliau berkata, mana-mana individu yang berminat untuk mendapat Rumah Bina Negara boleh mendapatkan borang permohonan di pejabat Risda berdekatan dengan syarat berpendapatan kurang RM4,000 sebulan selain memiliki tapak rumah sendiri, berumur 18 hingga 45 tahun serta telah berkahwin.

Katanya sehingga kini Risda telah meluluskan sebanyak 497 daripada 1,518 permohonan di seluruh semenanjung, manakala di Kelantan 18 unit rumah telah diluluskan daripada 140 permohonan yang diterima.

Sementara itu, Mohd Amir Rameli, 28, berasa bersyukur kerana permohonannya untuk mendapatkan Rumah Bina Negara tercapai selepas membuat permohonan pada tahun lepas.

Katanya sebelum ini, dia dan isteri serta dua anak terpaksa menyewa rumah.

Sumber: Bernama | 18 Mac 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan