Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 4 November 2017

Banjir: IADA perlu RM1.5 juta selenggara tujuh rumah pam

PASIR PUTEH: Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak memerlukan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tujuh rumah pam bagi mengurangkan risiko banjir di Pasir Puteh dan Bachok tahun ini.

Pengarahnya Nik Hamadi Nik Abdullah berkata sebelum ini, pihaknya telah menyelenggara sembilan rumah pam bagi mengurangkan ancaman bencana itu kepada penduduk di dua jajahan berkenaan.

"Penyelenggaraan itu mampu menyelamatkan harta-benda serta tanaman penduduk daripada musnah dilanda banjir.

"Bagaimanapun, kita yakin ancaman banjir di Pasir Puteh tidak seburuk tahun lepas kecuali paras air laut naik di luar jangkaan yang boleh menyebabkan air dari darat tidak dapat dialirkan ke Laut China Selatan dengan lancar," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tahun lepas, Pasir Puteh dilanda banjir paling teruk kerana beberapa rumah pam tidak dapat beroperasi dengan sempurna selain pertembungan antara air laut dan darat akibat hujan lebat.

Dalam pada itu, Nik Hamadi berkata tiga pintu kawalan air pasang surut di Gong Kulim dan Kampung Lembah di sini serta satu di Pengkalan Petah, Bachok sudah pun beroperasi.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau paras semasa air sungai dan laut sepanjang musim tengkujuh ini.

Sumber: Bernama | 3 November 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan