Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 13 Jun 2016

KTM Berhad perkenal tren persiaran dari Tumpat ke Kuala Lumpur mulai 30 Jun ini

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) bakal memperkenalkan Tren Percutian Timur (Eastern Holiday Train)  dari Tumpat ke Kuala Lumpur dan sebaliknya mulai 30 Jun ini. 

Perkhidmatan tren persiaran (excursion train) ini beroperasi melalui dua fasa. Fasa pertama perkhidmatannya ditawarkan pada setiap hari dari 30 Jun sehingga 11 Julai 2016 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, manakala fasa kedua perkhidmatan tren hanya beroperasi pada setiap hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu, dan Ahad dari 14 - 31 Julai 2016.

Tambang perjalanan sehala dari Kuala Lumpur ke Tumpat dan sebaliknya akan dijual pada harga promosi, iaitu bermula daripada RM87.00 sehingga RM132.00 seorang. Perkhidmatan tren persiaran ini akan beroperasi menggunakan koc-koc tempat tidur kelas dua dan tempat duduk kelas satu dan dua sahaja.

Sepanjang perjalanan penumpang akan diberikan dua set sajian makanan dan cenderahati eksklusif daripada KTM Holidays & Event Management. Di samping itu, tren  persiaran ini turut dilengkapi dengan kemudahan tandas, koc surau, dan koc bufet.

Tempahan tiket dibuka mulai 14 Jun 2016 dan anda boleh mendapatkan tiket perjalanan dari kaunter-kaunter tiket KTM Berhad sahaja kerana tiket tidak dijual secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.ktmb.com.my.

Sumber: KBBRI | www,kbbri.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan