SHAH ALAM: Siti Zailah Mohd Yusoff gagal mempertahankan jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang dipegangnya selama dua penggal selepas kalah kepada pencabarnya, Nuridah Mohd Salleh dengan perbezaan 30 undi.
Bagi Jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula dimenangi Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Noor sekali gus mengalahkan Dr Siti Mariah Mahmud dan Mumtaz Md Nawi yang turut memegang jawatan itu selama dua penggal.
Menerusi pengumuman yang dibuat sekitar jam 12.15 malam itu menyaksikan barisan muka baharu mewarnai ketiga-tiga jawatan tertinggi dalam Dewan Muslimat Pas Pusat Sesi 2015/17 pada Muktamar Tahunan kali ke-55 bertempat di SACC, di sini.
Menerusi kemenangan itu juga membuktikan golongan proulama. mendominasi jawatan yang dipertandingkan kali ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi sebaik selesai sesi penggulungan.

Sumber: Sinar Harian | Politik | 4 Jun 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan