Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Isnin, 15 Mei 2017

Arab Saudi taja 25 pelajar Kelantan

Dr. Hateem Hasan AlMarzuki (hadapan, tiga kiri) menjawab soalan pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama akademik antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan UIM di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini.
KOTA BHARU: Kerajaan Arab Saudi menyediakan biasiswa penuh khusus kepada 25 pelajar dari Kelantan untuk menyambung pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Islam Madinah (UIM) bermula tahun ini.

Rektor UIM, Dr. Hateem Hasan AlMarzuki berkata, pelajar yang terpilih berpeluang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk pengajian Islam, bahasa Arab, sains gunaan, kejuruteraan dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, selain kos pengajian yang ditanggung sepenuhnya, pihaknya juga menyediakan kemudahan asrama dan makanan percuma serta elaun bulanan dengan jumlah keseluruhan RM100,000 setiap pelajar.

"Kami pada awalnya merancang untuk memberi biasiswa kepada 10 pelajar sahaja tetapi sambutan dan layanan yang baik sepanjang berada di sini menyebabkan kami menambah kepada 25 tempat.

"Kami menganggap semua pelajar Islam yang datang dari seluruh dunia sebagai anak-anak kami sendiri.

"Sejak UIM diasaskan pada 1961, lebih 600 pelajar dari Malaysia berjaya bergraduasi dan ketika ini seramai 250 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama akademik antara Kerajaaan Negeri Kelantan dengan UIM di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmud Husin Qattan. 

Sumber: Utusan Online | 15 Mei 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan