Keadaan surau terlalu kotor dan tidak sesuai digunakan untuk pengunjung bersolat. |
PASIR PUTEH: Pengunjung kawasan perkelahan Air Terjun Jeram Pasu di
sini, meminta pihak berkenaan membersihkan surau dan membaik pulih
segera tandas awam yang terabai sejak lapan bulan lalu.
Tandas awam yang tidak mempunyai kemudahan air paip itu terlalu menjijikkan, sementara surau yang ada tidak boleh digunakan untuk bersolat kerana terlalu kotor.
Zakaria Musa, 61, berkata, dia yang selalu ke Jeram Pasu untuk berkelah bersama keluarga kesal kerana pengunjung tidak dapat menggunakan kedua-dua kemudahan tersebut.
Menurutnya, pada September tahun lalu, tandas dan surau dalam keadaan elok kerana ia diuruskan dengan baik kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kini ia tidak lagi dijaga dengan baik, pekerja mungkin hanya membersihkan sampah di persekitarannya sahaja tanpa mempedulikan keadaan tandas dan surau.
“Ada ketikanya kita sendiri berasa malu apabila pengunjung dari luar Kelantan mengeluh melihat tandas yang menjijikkan,” katanya.
Zakaria berkata, surau dan tandas sepatutnya dibersihkan dan ia boleh dikunci selepas waktu perkelahan bagi menjamin kebersihannya.
Seorang lagi pengunjung, Ahmad Mahadi Mohammed, 53, berkata, sekiranya PBT tidak mampu menjaganya, alangkah baik jika melantik syarikat tertentu menyelenggara dan menjaga kemudahan tersebut.
Selain surau dan tandas, kawasan air cetek tempat kanak-kanak mandi di jeram itu juga tidak dijaga sehingga sampah dan ranting pokok bertaburan di kawasan itu.
“Kawasan ini menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan, malah dari luar juga, alangkah malangnya apabila mereka mendapat gambaran bahawa kita memandang remeh kebersihan kemudahan awam.
“Kita lihat di daerah lain seperti Bachok dan Besut, PBT bukan sahaja menguruskan kemudahan asas malah menceriakan kawasan tersebut dengan pelbagai hiasan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 5 Mei 2014
YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH (MDPP) TIDUR | EXCO KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR KELANTAN, DATUK HJ. ABDUL FATTAH HJ. MAHMOOD (ADUN BUKIT PANAU) TIDUR | EXCO KEBUDAYAAN, PELANCONGAN DAN WARISAN KELANTAN, DATUK MEJAR (B) HJ. MOHD ANIZAM BIN ABDUL RAHMAN (ADUN KEMAHANG) TIDUR | AIR TERJUN JERAM PASU TERBIAR | KEMUDAHAN PELANCONGAN TIDAK DISELENGGARA | PUSAT PENERANGAN PELANCONGAN NEGERI KELANTAN (TIC) | TOURISM MALAYSIA KELANTAN | SURAU KOTOR | SURAU BUSUK | MAKAN GAJI BUTA | RAKYAT BERHAK UNTUK MENYUARAKAN KETIDAKPUASHATIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan