Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 14 Mei 2014

Tentera perkenal khidmat anjing perang di Rantau Panjang kawal sempadan

PASIR MAS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini menggunakan khidmat beberapa 'anjing perang' yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik di pangkalan haram utama Rantau Panjang di sini bagi mengawal sempadan negara.

Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Left Kol Md Mustakim Ahamad Saluti berkata khidmat beberapa anjing dari baka 'Labrado' itu bermula awal bulan lepas yang merupakan kali pertama diperkenalkan pasukan keselamatan itu.

"Kita letakkan pasukan anjing perang itu di beberapa pangkalan haram di Mundok, Gergaji, Ibrahim Pencen dan Pos Ular yang merupakan laluan utama terutama pendatang tanpa izin," katanya pada sidang akhbar di Pos Tok O di sini, Sabtu.

Beliau berkata sejak adanya unit anjing perang itu, kemasukan pendatang asing dan penyeludupan barangan semakin terkawal.

Katanya beliau percaya pihak terbabit bagaimanapun cuba menggunakan laluan lain di sepanjang Sungai Golok namun pasukan tentera dan agensi keselamatan lain sudah bersedia mengawal laluan itu.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga Mei ini, jumlah tangkapan pendatang asing menurun berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 45 orang berbanding 66 orang sebelum ini.

"Jumlah rampasan barangan pula dalam tempoh itu tahun ini adalah membabitkan nilaian sebanyak RM352,000 berbanding RM5.8 juta pada tahun lalu," katanya.

Beliau berkata melalui Ops Merpati 8 Briged dan Ops Wawasan, pihaknya berjaya menahan seramai 20 pendatang asing tanpa izin rakyat Myanmar di beberapa pangkalan haram itu, malam tadi.

"Kita mengesan taktik pendatang asing itu dengan cara masuk secara serentak iaitu antara pukul 9.20 malam dan 10 malam," katanya.

Sumber: Bernama | 10 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan