Dr. Raduan Che Rose (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pelajar selepas majlis menyerahkan Laman Siswa di UMK, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. |
KOTA BHARU: Kerajaan Pusat memperuntuk sebanyak RM226 juta
untuk pembangunan kampus induk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di
Bachok yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016.
Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, peruntukan
itu adalah bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur UMK yang
merangkumi bangunan canselori, dewan besar, pusat Islam, pusat pelajar
dan perpustakaan.
Buat masa ini UMK Bachok masih belum bersedia dari segi kemudahan
untuk beroperasi sebagai kampus induk dan saya jangkakan melalui
peruntukan yang diberikan ini, kampus berkenaan boleh beroperasi
sebagai kampus induk dalam tempoh dua tahun lagi.
Bagi merealisasikan kampus UMK Bachok sebagai kampus induk, sebanyak
dua fakulti baharu turut ditubuhkan iaitu Fakulti Pengajian Liberal
serta Fakulti Senibina," katanya kepada pemberita di Kampus Kota UMK,
Pengkalan Chepa di sini semalam.
Raduan berkata, pihaknya turut menubuhkan fakulti baharu iaitu
Fakulti Pelancongan dan Hospitaliti di Kampus Kota serta Fakulti Sains
Bumi di Kampus Jeli.
Di samping itu, pihak kami juga akan menambah baik kemudahan di UMK
Jeli dengan mewujudkan perpustakaan dan pusat Islam, seiring dengan
perkembangan kakitangan dan bilangan pelajar," katanya.
Sementara itu, Raduan berkata, bagi pengambilan pada September ini,UMK akan menerima 3,000 pelajar. Tambah beliau, pihaknya juga akan meneruskan pengambilan pelajar
antarabangsa dan menyasarkan 200 pelajar baharu dari luar negara bagi
tahun ini.
Katanya, setakat ini, seramai 67 pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di UMK. Tujuan pengambilan pelajar antarabangsa adalah bagi menjadikan UMK
sebagai sebuah universiti yang dinamik, berkepelbagaian dan bertaraf
dunia," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 20 Mei 2014 | Terbitan 21 Mei 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan