Antara poster yang digunakan oleh penyokong Abdul Hadi ketika berkumpul di perkarangan Pejabat Agung PAS pada Ahad. Foto: Norafifi Ehsan/The Star |
KUALA LUMPUR: Krisis dalaman PAS dilihat semakin parah
apabila sekumpulan ahli yang menyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang
menuduh Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Hatta Ramli sebagai antara yang
berkomplot untuk menggulingkan presiden parti itu.
Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadhli Ibrahim pada Ahad mendakwa bahawa kumpulan itu mempunyai bukti dalam bentuk paparan skrin mesej aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Krai itu mengeluarkan arahan supaya 'menyerang' Abdul Hadi.
Selain Hatta, beliau juga mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Nawawi Ahmad dan Ketua Penerangan Muslimat, Aiman Athirah Aljundi bersekongkol untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairil Faizi Omar (kemeja putih) menerima memorandum daripada Fadhli Ibrahim (kanan). |
"Kami merasakan bahawa ahli-ahli PAS perlu sedar bahawa terdapat
percubaan jahat untuk menjatuhkan presiden, kepimpinan ulama dan
mengambil alih PAS.
"Kami juga meminta mereka yang terlibat dalam konspirasi ini untuk meletakkan jawatan berikutan mendedahkan ini," katanya sebelum menyerahkan memorandum kepada parti itu menjelang mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat di sini.
Fadhli juga berkata beliau mempunyai salinan Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong dakwaannya yang kemudiannya diedarkan kepada media di Pejabat Agung PAS di sini.
Mesej WhatsApp yang dilampirkan dalam SD itu mendedahkan bahawa kumpulan yang bernama 'Hawaii Five-O' berkenaan mendakwa bahawa presiden telah bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.
Terdahulu, Abdul Hadi diberikan sambutan menggalakkan oleh para penyokongnya ketika tiba untuk menghadiri mesuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Sumber: mStar Online | 8 Februari 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan