Wan Ismail |
Perkara ini didedahkan peguam syarie, Che Rosmah Che Mohd. Zain yang mewakili bekas isteri Wan Ismail, Siti Aishah Chou Abdullah, Yang Dipertua Pas Ketereh itu juga bakal berdepan hukuman penjara selama sebulan berikutan kegagalannya menjelaskan tunggakan nafkah dua anaknya sebanyak RM78,000 sejak Julai 2011.
Menurut Che Rosmah, pasangan tersebut telah bercerai pada April 2008 dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Ahmad Firdaus , 13, dan Wan Nor Salwa, 12 , hasil perkongsian hidup dengan responden.
"Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu telah memerintahkan supaya Wan Ismail membayar nafkah anak-anak sebanyak RM1,000 setiap bulan hingga kanak-kanak terbabit berusia 18 tahun.
"Namun, Wan Ismail telah gagal atau cuai serta tidak mematuhi perintah mahkamah bertarikh 13 Julai 2011 yang menetapkan bayaran nafkah tersebut dibayar bermula bulan yang sama sehinggakan jumlah tersebut tertunggak sebanyak RM78,000 sehingga hari ini.
"Selain itu, dia tidak pernah berjumpa dengan dua anaknya sejak bercerai walaupun ditawarkan untuk berjumpa malah anaknya langsung tidak mengenali siapa bapa kandung mereka," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Jelasnya, mahkamah memberi tempoh sehingga 9 Mei depan untuk menyelesaikan bayaran atau berdepan dengan hukuman penjara sebulan kerana mengingkari perintah tersebut menerusi Saman Penghutang Penghakiman (SPP) yang difailkan.
Kerusi Parlimen Ketereh dan kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan ditentang oleh Wan Ismail (Pas) dan Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin yang bertanding atas tiket PKR.
Sumber: Utusan Online | 6 Mei 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan