Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 6 Mei 2018

Lebih 8,000 pelajar bumiputera Kelantan dapat tawaran ke IPT

KOTA BHARU: Lebih 8,000 pelajar Bumiputera lepasan sekolah di Kelantan menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui Program Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 yang diadakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Induk program berkenaan, Prof Emeritus Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar berkata pihaknya menyasarkan 10,000 surat tawaran melanjutkan pelajaran dapat dikeluarkan kepada pelajar negeri ini sejak program di bawah anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa itu bermula April lepas.

"Kelantan antara negeri menjadi tumpuan kerana kami melihat pelajar di Kelantan lebih prihatin dengan pelajaran dan mempunyai kesedaran serta minat tinggi untuk sambung belajar kerana kebanyakan mereka datang sendiri tanpa ditemani ibu bapa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera di sini, hari ini.

Sahol Hamid berkata matlamat utama pihaknya adalah untuk melihat lebih ramai anak Bumiputera mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi mengikut kelulusan, kehendak dan kemampuan mereka.

Sementara itu, beliau berkata program berkenaan turut menawarkan tempat kepada pelajar berminat dalam bidang kemahiran melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang disediakan institusi terbabit seperti Kolej Kemahiran Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Politeknik.

"Sebenarnya, lepasan TVET mempunyai kebolehpasaran yang tinggi...95 hingga 98 peratus dijamin mendapat pekerjaan," katanya.

Sumber: Bernama | 5 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan