Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 16 Mei 2018

Operasi ECRL berjalan seperti biasa

KUALA LUMPUR: Operasi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) berjalan seperti biasa dengan pembangunan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatat kemajuan sebanyak 14 peratus setakat semalam, kata Ketua Komunikasi Korporat syarikat itu, Rosmah Mahmud.

"Majlis Penasihat Kerajaan sedia maklum mengenai perkembangan sepenuhnya (kemajuan projek ECRL) setakat ini. Malah tiada sebarang arahan untuk menghentikan ECRL," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara Majlis Penasihat itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Darwis Abdul Razak di sini, hari ini.

ECRL dimiliki oleh MRL iaitu sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Mengulas selanjutnya, Rosmah berkata sebahagian besar daripada 14 peratus kemajuan yang dicatatkan oleh projek ECRL itu melibatkan kerja-kerja teknikal serta pengambilalihan tanah.

Ditanya mengenai inti pati mesyuarat yang berlangsung sebelum itu, beliau berkata hanya pihak Majlis Penasihat yang boleh mendedahkan butiran tersebut.

"Majlis itu dijangka mengeluarkan satu kenyataan menjelang akhir minggu ini," katanya.

Apabila siap kelak, ECRL yang dianggarkan menelan kos RM55 akan menjadi projek laluan rel terpanjang di negara ini.

Projek itu menjadi tumpuan penelitian kerana melibatkan kos besar yang disifatkan pengkritik sebagai paling mahal berdasarkan asas bagi setiap kilometer.

Sumber: Bernama | 16 Mei 2018
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan