Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Sabtu, 5 Mei 2018

Kolej Komuniti Jeli kampus kedua terbesar di Kelantan

Datuk Seri Mustapa Mohamed menyempurnakan gimik pecah tanah tapak kampus Kolej Komuniti Jeli di Bukit Bunga hari ini.
JELI: Selepas hampir 12 tahun beroperasi di lot kedai yang disewa, Kolej Komuniti Jeli bakal memiliki kampus serba canggih, lengkap dan selesa yang akan dibina di Bukit Bunga, di sini.


Projek itu menelan kos sebanyak RM30.5 juta dan dibina di atas tapak seluas 3.2 hektar sekali gus menjadikan Kolej Komuniti Jeli cawangan kedua terbesar di negeri ini selepas Kolej Komuniti Kok Lanas.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tender projek itu dimuktamadkan dua minggu lagi dan pembinaannya dijangka siap dalam tempoh dua tahun.


“Kolej Komuniti Jeli kini mempunyai kira-kira 200 pelajar dan menawarkan dua kursus utama iaitu pastri serta fesyen.


“Bukan perkara mudah untuk dapatkan tapak ini dan kita mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi. Akhirnya perjuangan kita selama 12 tahun berjaya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kampus Kolej Komuniti Jeli di Bukit Bunga, di sini hari ini.


Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidian Tinggi, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, Datuk Adhan Kechik.

Sumber: Utusan Online | 5 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan