Pertambahan
kenderaan di Plaza Tol Gombak dapat dilihat agak ketara pada pukul 3 petang ini
berbanding pada tinjauan awal Utusan Online sekitar pukul 12 tengahari tadi.
|
Tinjauan Utusan Online mendapati pertambahan bilangan kenderaan itu adalah disebabkan ramai daripada pengundi di Pantai Timur bekerja separuh hari pada hari ini.
Ujar seorang pekerja swasta, Izham Arifin, 29, syarikatnya menamatkan operasi waktu kerja pada pukul 12.30 tengahari.
“Jadi selepas waktu kerja, saya dan rakan-rakan terus bergerak pulang ke Kelantan untuk mengundi pada hari esok,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Terdahulu, ANIH Berhad memaklumkan akan berlaku peningkatan kenderaan sebanyak 50 peratus dan jumlah tersebut sudah mula dapat dilihat sejak malam tadi secara beransur-ansur.
Sementara itu, seorang kerani, Siti Aziah Harun, 35, berkata, dia memilih untuk balik ke Besut, Terengganu pada waktu siang kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan yang lebih panjang.
“Waktu kemuncak sebegini untuk musim sebegini mudah dijangka dan sebagai pengguna lebuh raya, jika tidak mahu stress, aturlah perjalanan mengikut waktu yang sesuai.
“Kalau saya tunggu selepas pukul 8 malam nanti, mesti saya terpaksa beratur lama dalam barisan sebelum tiba di tol untuk membuat pembayaran,” katanya.
Sumber: Utusan Online | 8 Mei 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan