Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Selasa, 8 Mei 2018

Tiket ETS, KTM Antarabandar sempena Aidilfitri mula dijual 11 Mei ini

Warga kota yang ingin pulang ke kampung menaiki kereta api sempena sambutan Aidilfitri boleh mula membeli tiket mulai Jumaat ini.
KUALA LUMPUR: Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan bermula 3 Jun hingga 31 Oktober 2018 termasuk jualan tiket sempena perayaan Aidilfitri akan mula dijual pada 11 Mei ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan berkata, jualan tiket bermula pada pukul 10 pagi itu turut menawarkan pembelian tiket perkhidmatan tren Shuttle Tebrau (JB Sentral - Woodlands - JB Sentral) yang dibuka pukul 8.30 pagi.

Menurutnya, perkhidmatan ETS masih mengekalkan jumlah perkhidmatan sebanyak 36 perjalanan sehari sementara perkhidmatan KTM Intercity sebanyak 49 perjalanan sehari dan akan melibatkan perubahan pada waktu berlepas ekoran penjadualan semula tren.

“Perubahan jadual waktu baharu tersebut berikutan perkembangan Projek Menaiktaraf Infrastruktur dan Sistem Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang memasuki fasa baharu dan dijangka siap November 2019.

“Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui e-ticket atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter-kaunter tiket serta ejen tiket KTMB yang berdaftar,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sebarang maklumat lanjut termasuk jadual lengkap perjalanan, boleh merujuk jadual yang dipamerkan di laman web rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB (03-2267 1200) dari pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari. 
Sumber: Utusan Online | 8 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan