Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Khamis, 3 Mei 2018

BN tidak bergantung kepada hasil balak untuk majukan Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah
GUA MUSANG: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan bergantung kepada sumber balak sebagai hasil negeri sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN kembali mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. 

Calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, masih terdapat banyak lagi sumber bagi menampung perbelanjaan negeri, selain mendapat bantuan daripada kerajaan pusat yang sealiran dengan kerajaan negeri. 

Keadaan negeri ini akan lebih maju dan pesat membangun sekiranya BN dapat memerintah sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia, katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Tionghua di Kampung Baru di sini, hari ini. 

Tengku Razaleigh berkata, rakyat sudah jemu dengan janji Pas untuk membawa kemajuan namun gagal ditunaikan walaupun diberi peluang mentadbir negeri ini 28 tahun. 

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berjanji dalam Manifesto BN PRU14 untuk memajukan Kelantan," katanya. 

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Bahagian Umno Gua Musang berkata jika diberi peluang, BN juga akan mengkaji semula projek ladang rakyat yang dilaksanakan Pas yang dilihat untuk kepentingan syarikat tertentu.

Sumber: Bernama | 3 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan