Naib Presiden Pemasaran, Perniagaan Hiliran Petronas, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada program di bawah tanggungjawab sosial syarikat.
Beliau berkata, menerusi program itu, PDB bersama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Jabatan Alam Sekitar dan Air Kelantan Sdn. Bhd. telah memasang tangki air berkapasiti 750 liter dan 1500 liter untuk 39 buah rumah.
“Setelah memahami cabaran yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Simpang Tiga, kami merasakan program ini perlu diperluaskan di sini untuk membantu menangani isu kekurangan bekalan air bersih.
“Kemudahan ini dilengkapi dengan pam air, sistem perpaipan dan penapisan air untuk membolehkan 200 penghuni di sini mendapat akses kepada bekalan air yang bersih,” katanya pada Program ‘Water For Life’ di Kampung Simpang Tiga, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Dalam pada itu, Syed Zainal Abidin berkata, pada masa yang sama, program ini turut memupuk kepentingan pemuliharaan air dalam memastikan kelestariannya.
“Di samping itu, program kesedaran juga dijalankan untuk mendidik penduduk mengenai pemulihan air dan risiko kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan air yang tidak bersih,” katanya.
Sumber: Utusan Online | Ekonomi | 14 Mei 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan