Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 6 Mei 2018

Minyak Mestika keluaran bumiputera Kelantan terus unggul di pasaran

Jaafar (kanan) dan anak lelakinya menunjukkan produk-produk yang dihasilkan Che Mah & Sons Sdn Bhd.
PASIR MAS: Selama lebih lima dekad, minyak gosok bumiputera jenama Mestika keluaran Che Mah & Sons Sdn Bhd terus unggul dalam pasaran.

Walaupun perlu bersaing dengan ratusan jenis minyak gosok dalam pasaran tidak kiralah yang dipasarkan secara komersial mahupun tradisional, jenama Mestika tetap berdiri teguh dalam standardnya tersendiri sehingga terus kekal menjadi pilihan pelanggan sehingga kini.

Minyak Mestika dihasilkan mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP) ini diusahakan di Kampung Simpang Empat Chetok, Pasir Mas, Kelantan.

Pengarah Urusan Che Mah & Sons Sdn Bhd, Jaafar Harun berkata, bagi memastikan jenama ini kekal berada dalam pasaran, syarikat amat teliti dalam menjaga kualiti produk dihasilkan.

“Kualiti penghasilan ini dijaga bermula daripada penggunaan bahan-bahan dalam menghasilkan minyak di mana kita hanya guna bahan yang terbaik sahaja dalam pasaran.

“Bukan itu sahaja, pembuatan juga dikawal begitu rapi bagi memastikan kualiti minyak dihasilkan bermutu tinggi sekali gus pengguna sentiasa berpuas hati setiap kali menggunakan produk Mestika,” katanya.

Jafaar berkata, pada peringkat awal minyak Mestika memulakan operasi di Jalan Hamzah seawal tahun 1967.

Katanya, perkembangan dan permintaan tinggi ketika itu menyebabkan syarikat mengambil keputusan memindahkan operasi ke Chetok pada tahun 2000.

“Alhamdulillah, jenama minyak Mestika terus kukuh di pasaran berkat sokongan para pengguna. Berkat sokongan itu jugalah kita dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 30 golongan wanita yang bertugas sebagai operator kilang di sini,” katanya.

Jafaar berkata, kebanyakan pekerja tersebut adalah penduduk di sekitar Chetok dan terdiri daripada ahli keluarganya.

Mestika lulus KKM

Jaafar berkata, mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambahkan lagi keyakinan pengguna terhadap minyak Mestika.

"Kelulusan KKM ini diletakkan sebagai antara perkara asas utama bagi memastikan minyak Mestika mengikut piawaian sebagaimana telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Produk keluaran Mestika menggunakan herba-herba tradisional dan bebas daripada campuran bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan pengguna. Bukan itu sahaja, pengguna tidak perlu khuatir kerana produk keluaran kami dijamin bermutu, bersih dan suci,” katanya.

Teroka pasaran antarabangsa

Selain minyak Mestika, Jaafar berkata, pihaknya turut mempunyai produk lain menggunakan jenama Mestika.

Katanya, produk tersebut ialah Minyak Bayini Mestika (untuk kanak-kanak), Majun Ratu Mestika, Majun Lelaki Mestika dan Majun Wanita Mestika.

“Kesemua produk ini mendapat kelulusan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM,” katanya.

Jaafar berkata, bagi melancarkan pemasaran, pihaknya menubuhkan anak syarikat yang dikenali sebagai Minyak Mestika Marketing Sdn Bhd.

Katanya, Minyak Mestika Marketing akan menjadi pengedar utama yang memasarkan produk ini kepada pemborong.

“Alhamdulillah setakat ini, minyak Mestika sudah menerobos pasaran ke Makkah (Arab Saudi), Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. Semua ini adalah hasil kerja keras pemborong yang telah memasarkan produk berjenama Mestika ke sana,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut boleh layari Facebook Minyak Mestika HQ.

Sumber: Sinar Harian | Bisnes | 6 Mei 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan