Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Ahad, 27 Mei 2018

Suri rumah bawa anak cari pucuk paku bantu sara keluarga

TUMPAT: Seorang suri rumah tidak mempunyai mempunyai pilihan selain membawa empat anaknya berusia antara tiga dan tujuh tahun meredah semak dan belukar untuk mencari pucuk paku bagi menambah pendapatan keluarga.

Nurul Hamiza Yaacob, 29, yang tinggal di Kampung Sungai Pinang di sini, berkata dia tidak mempunyai pilihan lain kerana suaminya, Razali Husain, 42, tidak lagi mampu melakukan kerja berat selepas disahkan menghidap penyakit lemah jantung susulan terkena jangkitan kencing tikus.

Nurul Hamiza berkata selain itu, suaminya juga kehilangan limpa selepas terbabit dalam kemalangan kira-kira lapan tahun lepas.

"Saya akan keluar bermotosikal bersama anak-anak untuk mencari pucuk paku terutama di kawasan tebing sungai, parit ataupun dalam semak. Kalau bernasib baik saya mampu menjual pucuk paku sebanyak RM20 sehari. Kalau tidak, hanya RM10 sehari."

"Ia sekurang-kurangnya dapat membantu suami. Dia sendiri hanya mampu melakukan kerja buruh ringan sahaja sekitar kampung dengan pendapatan tidak menentu," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Kita Kongsi anjuran Kelab Media Kelantan Darul Naim serta Hotel Grand River View malam tadi.

Katanya meskipun dalam keadaan kesihatan yang belum baik, suaminya tetap menguatkan semangat untuk keluar bekerja sebagai tukang rumah apabila mengenangkan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perbelanjaan besar.

Katanya sehingga kini pendapatan keluarga tidak menentu dan paling banyak sekitar RM800 hingga RM1,000 sahaja sebulan dan kadangkala tidak mencukupi sehingga menyebabkan keluarganya gagal membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan selama dua bulan berturut-turut.

"Ramadan kali ini pun kami berbuka puasa dan bersahur ala kadar iaitu dengan lauk ikan kering dan sambal ikan bilis sahaja."

"Persiapan raya boleh dikatakan langsung tiada dalam perancangan sejak lima tahun lalu. Kalau adapun hanya pakaian untuk anak-anak, itupun hasil derma daripada orang ramai," katanya.

Terdahulu, keluarga Nurul Hamiza dikunjungi Kelab Media Kelantan Darul Naim yang bekerjasama dengan kerjasama Hotel Grand River View yang menyampaikan sumbangan untuk bersahur serta barangan makanan bersempena Program Kita Kongsi.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Kelab Media Kelantan Darul Naim Rosmiza Kasim bersama dengan Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Grand Riverview Raja Rusmin Raja Mahmud.

Sumber: Bernama | 26 Mei 2018

1 ulasan:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

    Web: almawaddah.info

    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi, rektor dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 

    BalasPadam