Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 8 April 2015

Guru disamun di dalam tadika di Besut

BESUT: Seorang guru wanita sebuah tadika di Gong Kepas, Kampung Raja di sini disamun wang tunai, barang kemas dan kamera semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 pagi ketika guru itu bersendirian dan sedang menunggu kehadiran murid-muridnya.

Beliau berkata mangsa kemudiannya didatangi tiga lelaki yang berkereta.

"Seorang suspek dilapor mengacu pisau ke leher mangsa sambil meragut rantai, gelang tangan, cincin, wang tunai RM800 dan sebuah kamera," katanya.

Guru itu kemudian membuat laporan polis.

Sumber: BERNAMA | 7 April 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan