Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra
Kota Sultan Ismail Petra di Zon Budaya di pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

Rabu, 8 April 2015

Restoran di Kota Bharu diberi notis kerana caj CBP dan SST hingga 16 peratus

KOTA BHARU: Seorang pemilik restoran makanan segera di sini diberi notis kerana mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 16 peratus kepada pelanggan.

Pengarah pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan Datuk Ab Ghani Harun berkata tindakan pemilik premis itu dikesan dalam Ops Pemantauan CBP di sini, Selasa malam.

"Walau telah mengenakan caj CBP dalam hidangan makanan dan minumannya, restoran makanan segera itu tetap mengenakan SST dengan caj kedua-duanya mencecah 16 peratus," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata pejabatnya telah mengeluarkan Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga itu.

"Maklumat dalam notis itu perlu dilengkapkan dan dikembalikan kepada jabatan dalam tempoh tiga hari bekerja tanpa gagal," katanya.

Jika gagal, tindakan mahkamah terhadap pemilik restoran itu, kata beliau.

Abdul Ghani berkata, jika sabit kesalahan peniaga terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau RM1 juta.

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa peka dengan harga yang dikenakan bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan.

Sumber: BERNAMA | 8 April 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan