Majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan PKINK bagi pelaksanaan projek RMMK Badang, semalam. |
KOTA BHARU: Sebanyak 334 unit Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) sedang dibina kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dalam rangka mengatasi masalah kediaman di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, projek pertama di bawah RMMK melibatkan tiga blok utama, terdiri daripada kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.
“Sebanyak 162 unit rumah kos rendah bakal dibina, yang akan dijual pada harga RM45,000 seunit, selain 108 unit sederhana rendah (RM85,000 seunit) dan 64 unit sederhana yang dijual dengan harga RM130,000 seunit.
“Bagaimanapun, semakan semula akan dilakukan berikutan kenaikan harga sekarang ini, tetapi ia tidak akan melebihi harga RMMK yang diluluskan sebelum ini. Kita akan pertimbangkan sama ada perlu mengikut keseluruhan harga atau rendah sedikit daripada dibenarkan,” katanya.
Abdul Fattah ditemui media selepas majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan PKINK, diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Wan Zawawi Wan Ismail bagi pelaksanaan projek RMMK Badang, di sini, semalam.
Abdul Fattah berkata, projek di atas tanah kerajaan seluas 1.968 hektar di Mukim Badang, PCB, dijangka melibatkan kos RM43,257,194 dan sehingga kini, RM4.2 juta dibelanjakan untuk kerja pembinaan.
Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, bagi membantu mempercepatkan lagi pembinaan RMMK, kerajaan negeri bersetuju menanggung RM9 juta daripada kos projek berkenaan, yang dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2018.
“Tidak semua layak memiliki RMMK kerana mereka perlu memenuhi syarat ditetapkan, misalnya pembeli rumah kos rendah mestilah isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan, kerana kita ingin pastikan rumah dibiayai sebegitu besar oleh kerajaan dibeli mereka benar-benar layak sahaja,” katanya.
Menurutnya, bagi RMMK Badang, selain pemohon berdaftar, pertimbangan turut dilakukan terhadap mangsa banjir yang terlibat dengan pemindahan, khususnya dari lembah sungai yang dianggarkan antara 50 hingga 70 keluarga.

Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 10 Dis. 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan